Terma dan Syarat Pakej Pelancongan

  1. Bayaran pendahuluan sebanyak RM1000.00 seorang semasa membuat pendaftaran dan tidak dikembalikan jika berlaku pembatalan tanpa sebab munasabah.

  2. Untuk pakej perkhidmatan pengendalian (Group Service) tanpa tiket penerbangan, deposit sebanyak 30% daripada harga perkhidmatan tersebut perlu dibayar semasa tempahan dibuat.

  3. Tempahan tiket penerbangan perlu dijelaskan sepenuhnya semasa pengeluaran tiket dibuat bagi mengelakkan sebarang perubahan harga.

  4. Harga yang tertera di brosur atau laman web adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

  5. Harga yang dinyatakan adalah belum muktamad, sehinggalah tempahan tiket dibuat atau invois pembayaran telah dikeluarkan.

  6. Susunan tempat duduk dalam penerbangan untuk tempahan berkumpulan adalah tertakluk kepada peraturan syarikat penerbangan.

  7. Harga adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api, cukai, tempat duduk, bilik atau kekosongan tempahan lawatan. Harga akhir akan dinyatakan semasa pengeluaran tiket atau invois beserta jadual perjalanan.

  8. Sebarang pertukaran atau pembatalan tempahan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan, hotel atau pihak berkaitan. Sesetengah promosi tertentu tidak membenarkan sebarang pertukaran atau pembatalan. Caj tertentu akan dikenakan untuk sebarang pertukaran atau pembatalan selepas tempahan dibuat.

PENUKARAN PAKEJ

Jika jemaah membuat penukaran tarikh (semua pakej) akan dikenakan surcaj RM100 seorang.

PEMBATALAN PAKEJ

Jika notis pembatalan diterima 45 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

jadual01
  1. Tiket penerbangan yang telah dikeluarkan tertakluk kepada syarat “Non-Reroutable / Non-Endorsable / Non-Refundable oleh pihak penerbangan dan sebarang pemulangan semula wang (Refund) jika ada tertakluk kepada budi bicara pihak penerbangan.

  2. Bayaran pakej berserta kos visa tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan tempahan dibuat melainkan diberi kelonggaran oleh pihak-pihak berkaitan.

  3. Sebarang pertukaran dan pembatalan hendaklah dibuat secara terus di pejabat Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd pada waktu pejabat (kecuali cuti umum).

  4. Nama peserta mestilah mengikut passport seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa, Syarikat Penerbangan, Hotel atau Pihak Berkaitan. Pertukaran nama tidak dibenarkan selepas pengeluaran tiket dibuat.

  5. Peserta hendaklah mempunyai passport antarabangsa atau dokumen perjalanan yang diiktiraf dan sah sekurang-kurangnya 7 bulan dari tarikh Kembali ke negara asal dan juga visa, surat vaksinansi atau sijil kesihatan sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa dinegara-negara yang akan dikunjungi.

  6. Peserta digalakkan untuk membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka dairpada kemalangan, penyakit, kehilangan wang atau bagasi, pembatalan dan kelewatan penerbangan.

  7. Pihak berkuasa, Syarikat Penerbangan, Hotel atau Pihak Berkaitan boleh mengenakan sebarang sekatan atau syarat-syarat perjalanan tambahan pada bila-bila masa.

  8. Syarat dan peraturan diatas hendaklah dibaca Bersama dengan terma dan syarat Akta Industri Pelancongan yang disertakan bersama.

  9. Aturcara pakej yang dibuat adalah berdasarkan jadual penerbangan dan perancangan pengurusan di Malaysia. Sebarang tarikh, laluan dan masa penerbangan (Reschedule) adalah tertakluk kepada pihak penerbangan dan pengurusan ejen kami di luar negara.

  10. Semua peserta yang mengikuti program pakej lawatan kami dianggap telah membaca, memahami dan menerima semua terma dan syarat di atas.

TOUCH ME TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
(677703-W) (KPL/LN5254) (IU0325)

B94, Lorong 8/33,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Copyright ©2024 Touch Me Travel & Tours Sdn. Bhd. — All rights reserved
TOUCH ME TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
(677703-W) (KPL/LN5254) (IU0325)

B94, Lorong 8/33,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Copyright ©2024 Touch Me Travel & Tours Sdn. Bhd. — All rights reserved